Puspakom Semak Caj Perkhidmatan Bergerak Demi Kelestarian Operasi

Puspakom Semak Caj Perkhidmatan Bergerak Demi Kelestarian Operasi

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mengambil langkah menyemak semula caj perkhidmatan bergerak yang digunakan oleh sektor korporat dan individu, berkuat kuasa 1 April ini.

Peningkatan caj melibatkan dua perkhidmatan utama iaitu trak bergerak (MTS) dengan kadar baharu RM3,300 dan van bergerak (MVS) kepada RM120. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman, keputusan ini dibuat bagi memastikan operasi perkhidmatan bergerak terus berdaya tahan dan mampan.

“Perubahan ini berdasarkan kajian terperinci terhadap kos semasa serta untuk menampung keperluan logistik yang semakin kompleks,” katanya.

Caj perkhidmatan pemeriksaan di cawangan tetap tidak mengalami perubahan, membolehkan pelanggan yang menggunakan saluran biasa terus menikmati kadar sedia ada.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )