Putera Harry, J-Lo meriahkan konsert ‘Vax Live’ Los Angeles

Putera Harry, J-Lo meriahkan konsert ‘Vax Live’ Los Angeles

PUTERA Harry dari Britain menyertai kerabat pop termasuk Jennifer Lopez dalam sebuah konsert gemilang di Los Angeles untuk menggesa pemvaksinan lebih cepat dan lebih banyak secara global, yang menyaksikan beliau menyuarakan sokongan kepada India ketika negara itu sedang binasa oleh jangkitan COVID.

‘Vax Live: The Concert To Reunite The World’ menayangkan mesej video daripada paus dan Presiden Joe Biden serta penampilan di atas pentas oleh bintang-bintang Hollywood seperti Ben Affleck dan Sean Penn.

Rancangan tersebut bakal disiarkan di televisyen dan YouTube pada 8 Mei, selepas dirakam di hadapan penonton yang telah divaksin sepenuhnya di sebuah stadium besar California pada 2 Mei lepas.

“Malam ini, kita bersatu dengan berjuta keluarga di seluruh India, yang sedang menentang gelombang kedua yang membinasakan,” ucap Putera Harry, yang disambut dengan tepukan gemuruh penonton.

“Virus ini tidak mengenal sempadan, oleh itu akses kepada vaksin ini tidak boleh ditentukan dengan geografi,” tambah Harry, yang membuat penampilan pertama di khalayak ramai dalam acara besar di California sejak berpindah ke Amerika Syarikat tahun lepas bersama isterinya Meghan Markle.

Konsert tersebut dianjurkan oleh Global Citizen, bertujuan untuk menentang penyebaran maklumat salah vaksin dalam menyeru pemimpin dunia dan syarikat untuk mengambil tindakan dan menyalurkan derma.

Beribu orang penonton berhimpun dalam stadium gergasi Los Angeles, SoFi yang baru siap itu buat kali pertama. Kebanyakan penonton ialah pekerja barisan hadapan perubatan, ramai yang berpakaian seragam jururawat dan doktor.

Selena Gomez menjadi hos menyeru “dos dan dolar” untuk disalurkan kepada negara termiskin dunia dalam pada California serta bahagian Barat telah kembali daripada perintah berkurung panjang terima kasih kepada proses inokulasi besar-besaran.

J-Lo mendedahkan bahawa beliau terpaksa meraikan Krismas tanpa ibunya buat kali pertama ekoran pandemik itu, sebelum Lopez mengambil alih pentas untuk mempersembahkan ‘Sweer Caroline’.

Foo Fighters disertai tetamu istimewa Brian Johnson dari AC/DC untuk mempersembahkan ‘Back in Black’.

“Kita belum menang lagi… ayuh bekerja segigih yang mampu bagi memastikan kita boleh melakukan ini setiap malam,” kata ketua mereka Dave Grohl.

Penganjur menyatakan acara tersebut telah melepasi matlamat dana yang diperlukan untuk membeli 10 juta dos vaksin bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana, meraih sebanyak AS$53 juta derma daripada syarikat dan dermawan.

Dalam mesej yang telah dirakam, Presiden Biden berkata beliau sedang “bekerjasama dengan pemimpin seluruh dunia untuk berkongsi lebih banyak vaksin serta mempercepatkan pengeluaran” manakala Paus Francis berpesan, “Saya memohon anda semua tidak melupakan golongan yang paling lemah.”

Video mesej lain dirakam oleh bintang Bollywood Amitabh Bachchan, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau.

Putera Harry, yang mengambil pentas di tengah arena tersebut berpakaian kasual dalam baju biru, menjelaskan penyebaran maklumat salah atas talian tentang vaksin sebagai “krisis kemanusiaan” dan kini “bertambah teruk.”

Konsert itu kini boleh distrim di YouTube rang-kaian televisyen Amerika ABC dan CBS.

— Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)