
Rafizi Sedia Berundur, Namun Dipujuk Kekal Bertanding
KUALA LUMPUR — Dalam satu pendedahan menjelang Pemilihan PKR 2025, Rafizi Ramli menyatakan beliau pada mulanya bersedia untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden dan berundur daripada Kabinet demi fokus kepada pengukuhan parti di peringkat akar umbi.
Namun selepas pertemuan dengan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, beliau akur dengan pandangan bahawa kehadirannya masih diperlukan.
“Saya sebenarnya sudah bersedia untuk memberi laluan, tetapi mereka yakinkan saya bahawa saya masih diperlukan,” kata Rafizi.
Beliau kini bersedia mempertahankan jawatan tersebut dan terbuka kepada saingan daripada calon lain demi memperkukuh demokrasi dalam parti.