
Ramesh Rao berjanji berkhidmat untuk masyarakat India tanpa kefahaman politik
KUALA LUMPUR –Selepas dinamakan sebagai Pegawai Hal Ehawal Khas India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ramesh Rao telah memulakan tugas pertama hari ini.
Dalam satu klip video yang dimuat naik di Youtube dan Tik Tok, Ramesh Rao berkata setelah meneliti hala tuju Kerajaan Perpaduan, memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keterlanjuran kata-kata dan kebiadapan yang ditunjukkan sebelum ini.
Dalam pada masa yang sama Ramesh Rao telah memuji kebijaksanaan Anwar Ibrahim dalam membina semula negara ini serta terharu dengan melihat pelan yang dikemukakan oleh PM-10.
Beliau turut berharap negara ini akan mampu berjaya dibawah kepimpinan Anwar Ibrahim.
Ramesh Rao berjanji akan menjalankan amanah yang terbaik untuk semua masyarakat India tanpa melihat kefahaman politik, keturunan, agama dan bertekad undi kaum India akan ditambah untuk Kerajaan Perpaduan.
Pada Disember 24, dalam satu Majlis, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi menamakan Ramesh Rao sebagai Pegawai Hal Ehawal Khas India. sebagai Pegawai Hal Ehawal Khas India