
Rampasan Minyak Enjin, Label dan Peralatan Pembungkusan
Dalam serbuan tersebut, pihak berkuasa turut merampas minyak pelincir siap diproses, botol kosong, label palsu, serta peralatan membotolkan semula minyak.
Premis yang diserbu dipercayai menjadi pusat aktiviti pembungkusan, lengkap dengan tangki simpanan besar dan peralatan pembungkusan untuk bekas bersaiz empat liter.
“Kita masih menyiasat sumber minyak yang digunakan dan jumlah kerugian atau keuntungan yang diperoleh sindiket ini,” tambah Azlin.