Ratusan kanak-kanak, pemuda dikurung dan didera di asrama

Ratusan kanak-kanak, pemuda dikurung dan didera di asrama

KANO,. Ratusan kanak-kanak dan pemuda diselamatkan oleh pihak berkuasa Nigeria selepas dipercayai dikurung dan didera di sebuah sekolah berasrama Islam di Katsina, utara Nigeria.

Perbuatan keji itu terbongkar selepas beberapa mangsa berjaya melarikan diri dari kurungan tersebut, pada Ahad lalu.

Menurut polis Katsina, Sanusi Buba, kesemua mangsa dirantai dan diseksa dengan kejam di asrama tersebut.

Malah tidak hanya mendera, Buba berkata, beberapa pelajar turut mendedahkan mereka diliwat oleh guru mereka.

“Kami difahamkan penghuni di sini lebih 300 dan kerana layanan tidak berperikemanusiaan, beberapa penghuni melarikan diri.

“Kira-kira 60 daripada mereka masih tinggal di situ,” katanya seperti dilapor media antarabangsa.

Difahamkan, pengasas asrama tersebut yang berusia 78 tahun telah ditahan pihak berkuasa selepas melarikan diri ketika serbuan.

Pihak polis kini sedang mendapatkan maklumat bagi mengenal pasti identiti mangsa dan menghubungi keluarga mereka untuk dibawa pulang.

Pelajar-pelajar didaftar di sekolah asrama tersebut oleh keluarga masing-masing bagi mempelajari Al-Quran dan dirawat disebabkan pengambilan dadah dan penyakit lain.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)