
Razman Zakaria Diambil Tindakan Disiplin, DUN Perak Gantung Selama Enam Bulan
IPOH, 17 April 2025 — Kemelut berhubung kenyataan kontroversi oleh Razman Zakaria, ADUN Gunung Semanggol, akhirnya membawa kepada keputusan drastik apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menggantung beliau selama enam bulan daripada menyertai persidangan dewan.
Usul itu dibentangkan oleh Ong Boon Piow (Bercham) dan disokong Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), sebelum Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid mengesahkan keputusan itu setelah mendapat sokongan suara majoriti.
Kenyataan Razman yang menyentuh isu bendera China pada sidang DUN Disember lalu dianggap menyinggung dan berbaur hasutan. Beliau turut dikatakan melanggar Peraturan Tetap DUN, lantas dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mencadangkan tindakan disiplin ini.