Real buat tawaran baharu buat De Gea

Real buat tawaran baharu buat De Gea

MADRID,. Real Madrid merancang untuk membuat tawaran terbaharu bagi mendapatkan tanda tangan David De Gea musim panas ini.

SunSport malaporkan bos Real, Zinedine Zidane kekal sebagai peminat utama penjaga gol Manchester United itu dan mahukan dia menggantikan Thibaut Courtois.

United pasti mahukan £70 juta (RM381 juta) buat De Gea, 29, yang baharu menandatangani perjanjian bernilai £375,000 (RM2 juta) seminggu pada September.

Real adalah satu daripada beberapa kelab yang mampu membayar yuran dan gajinya sementara United boleh menjualnya jika pemain Sepanyol itu mahu meninggalkan kelab untuk ke Real.

Prestasi De Gea menimbulkan persoalan akibat kesilapan besar ketika seri berdepan Everton, Ahad lalu.

Dean Henderson, yang dipinjamkan ke Sheffield United, dikatakan akan menjadi pengganti kepada De Gea musim depan.

Henderson, 22, mendapat pujian bersama skuad Blades yang kini mensasarkan kelayakan ke Eropah.

De Gea hampir berhijrah ke Real pada musim panas 2015 tetapi perjanjian itu gagal dilakukan kerana dukumen tidak sampai dalam waktu sepatutnya kerana masalah faks.

Penjaga gol itu berasal dari ibu kota Sepanyol dan memulakan karier di Atletico Madrid sebelum berhijrah ke Old Trafford pada 2011.- AGENSI

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)