Redzuan nafi kenyataan unsur fitnah mendesak 3 pemimpin Bersatu letak jawatan

KUALA LUMPUR — Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Mohd Redzuan Yusof  telah menafikan sekeras-kerasnya satu kenyataan unsur fitnah mendesak 3 pemimpin utama letak jawatan yang diviralkan di media sosial.

Dalam satu kenyataan yang dimuat dalam Facebook beliau, Redzuan Yusof yang dikenali sebagai Pak Wan turut berkata kenyataan yang berunsurkan FITNAH itu adalah tanggungjawab dari pihak-pihak yang terdesak dan kecewa dengan berniat jahat, untuk memecah-belahkan kesatuan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Kenyataan palsu yang diviralkan, kononnya Redzuan Yusof yang merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Mas Ermiyanti meletakkan jawatan dalam kepimpinan Bersatu sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan ini.

 

 

– Ram and DG

 

 

 

 

CATEGORIES
Share This