Reformasi Parlimen: RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 Diluluskan di Dewan Negara

Reformasi Parlimen: RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 Diluluskan di Dewan Negara

KUALA LUMPUR, 20 Mac 2025 – Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dalam satu langkah penting ke arah memodenkan institusi Parlimen agar lebih berkesan dalam menjalankan fungsinya.

RUU ini, yang menerima sokongan majoriti ahli Dewan Negara, memperkenalkan 15 fasal baharu, menggantikan Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang telah dimansuhkan lebih tiga dekad lalu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, antara fasal penting yang diperkenalkan adalah Fasal 10, yang memberi kuasa kepada Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) untuk membentuk jawatankuasa tambahan bagi menyokong pentadbiran Parlimen.

“RUU ini bukan sahaja menambah baik aspek pentadbiran tetapi juga memastikan institusi Parlimen lebih bersedia menghadapi cabaran semasa dan masa depan,” katanya ketika menggulung perbahasan.

Dewan Negara turut meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025, yang berfungsi sebagai asas kepada pembaharuan dalam sistem perkhidmatan Parlimen.

Persidangan akan disambung pada Isnin, 24 Mac 2025, dengan agenda baharu yang akan dibahaskan.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )