Remaja 18 tahun ditahan lakukan samun berkumpulan ketika PKP

Remaja 18 tahun ditahan lakukan samun berkumpulan ketika PKP

PETALING JAYA,. Kelicikan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang mengambil kesempatan melakukan jenayah samun berkumpulan, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akhirnya membawa padah, apabila dia ditahan polis, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki itu dipercayai terlibat dalam kes samun di Bandar Utama, pada Rabu lepas.

“Hasil risikan, kita telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Ampang Indah, pada 6 petang Isnin.

“Kami merampas sepucuk pistol tiruan yang dipercayai digunakan bagi menakutkan mangsa dan kita percaya suspek melakukan jenayah ini secara berkumpulan. Kita akan mengesan rakan suspek yang lain,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Nik Ezanee berkata, remaja itu juga mempunyai 11 kes jenayah lampau melibatkan dadah dan curi kenderaan.

Menurutnya, remaja itu direman dua hari bermula Selasa dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, kerana samun berkumpulan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )