Remaja Malaysia maut semasa bermain papan luncur di Australia

Remaja Malaysia maut semasa bermain papan luncur di Australia

KUALA LUMPUR,. Seorang rakyat Malaysia dilapor meninggal dunia dalam insiden tragis ketika bermain papan luncur di Townsville, Queensland, Australia, pada Sabtu.

Memetik laporan media antarabangsa, polis Queensland memaklumkan remaja lelaki berusia 16 tahun itu terlanggar tiang ketika menuruni bukit semasa meluncur.

Pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian kira-kira 2.30 petang waktu tempatan dan cuba menyelamatkan mangsa yang mengalami kecederaan serius sebelum dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati remaja lelaki itu menuruni bukit dan cuba memperlahankan papan luncurnya sebelum melanggar tiang.

“Beberapa orang cuba membantunya,” kata jurucakap polis dalam satu kenyataan.

Sementara itu, polis bertugas daerah Townsville Pemangku Kanan Sarjan Jonathan Searle memberitahu Courier Mail, mangsa yang sedang bercuti bersama keluarganya di Australia memakai topi keledar ketika insiden tersebut.

Difahamkan, mangsa yang belum didedahkan identiti itu bermain papan luncur bersama rakan-rakannya.

Bernama melaporkan remaja lelaki itu berasal dari Kuantan.

Setakat ini, polis masih menyiasat punca kemalangan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )