Remaja yang sesat di Gunung Keriang ditemukan selamat – JBPM

Remaja yang sesat di Gunung Keriang ditemukan selamat – JBPM

ALOR SETAR,. Semalam Tiga remaja yang dipercayai tersesat di Gunung Keriang dekat sini ditemukan selamat hasil operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan turut dibantu malim gunung.

“Mangsa yang terlibat seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dan dua remaja perempuan 14 dan 17 tahun. Difahamkan kesemua mereka telah tersesat semasa hendak turun ke kaki gunung.

Ketua Zon 1 JBPM Kota Setar Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian daripada seorang mangsa kira-kira pukul 6.02 petang sebelum tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Kesemua mangsa berjaya ditemukan dengan bantuan daripada malim gunung dan telah dibawa turun ke kawasan rendah dengan menggunakan tali penyelamat sebelum dibawa turun ke kaki gunung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa yang keletihan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk tindakan susulan dan seorang malim gunung yang tercedera di bahagian kaki turut dibawa ke hospital sama dengan menaiki ambulans.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 3.28 pagi,” katanya.

–Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )