Resorts World Genting (RWG) Dengan kerjasama strategik AQINA Farm melalui Memorandum Persefahaman
Genting Highlands, 11 September 2024 – Resorts World Genting (RWG) dengan bangganya mengumumkan kerjasama strategik dengan AQINA Farm melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung pada hari kedua Ekspo Genting SustainBiz F&B.
YB Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, turut hadir dan menyaksikan sesi menandatangani MoU
tersebut. Kerjasama ini mengukuhkan lagi komitmen RWG terhadap pembangunan komuniti dan
kelestarian alam sekitar melalui pertanian mampan.
AQINA Farm, terkenal dengan produk ayam kampung yang disahkan halal, mengamalkan sistem eko pertanian yang menggunakan najis ayam sebagai baja organik untuk meningkatkan kualiti tanah dan menghasilkan nanas MD2 berkualiti tinggi. Kaedah ini selaras dengan matlamat RWG untuk mempromosikan sumber makanan lestari serta menyokong amalan mesra alam.
Kerjasama ini bertujuan memperkasa petani B40 melalui inisiatif “Program Petani B40” yang dianjurkan
oleh AQINA Farm.
Program ini menyediakan latihan dalam teknik pertanian mampan kepada komuniti luar bandar, sekali gus meningkatkan kemahiran dan kestabilan ekonomi mereka.
Ciri unik program ini ialah jaminan pembelian balik oleh AQINA Farm, yang memastikan pasaran stabil untuk hasil pertanian para petani dan memperkukuh jaminan ekonomi mereka. Sehingga kini, program ini telah berjaya melatih seramai 32 petani, membekalkan mereka dengan ilmu dan sumber yang diperlukan untuk amalan pertanian lestari.
Selain itu, kerjasama ini juga mempromosikan gaya hidup sihat dan pertanian mampan dengan
menyediakan nanas MD2 AQINA Farm di lokasi-lokasi terpilih di RWG, serta meningkatkan kesedaran
pemakanan sihat di kalangan pengunjung dan menyokong pertanian tempatan.
“Kami sangat teruja untuk menyokong inisiatif AQINA Farm untuk memperkasa petani B40 melalui
pertanian lestari,” kata Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam
di RWG.
“Penyediaan nenas MD2 AQINA Farm dan sokongan terhadap program latihan mereka memperkukuh komitmen kami terhadap kesejahteraan komuniti dan kelestarian alam sekitar.
Kerjasama ini juga selaras dengan inisiatif kerajaan untuk menyokong komuniti B40, memastikan pertumbuhan inklusif
serta peluang yang adil untuk semua.
“Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Resorts World Genting dalam inisiatif ini,” kata Wesley Tan Seah Ging, Pengarah Urusan Kumpulan AQINA. “Kerjasama ini merupakan langkah langkah maju dalam mempromosikan amalan pertanian lestari dan memberikan sokongan bermakna kepada petani B40.
Kami yakin kerjasama ini akan memperkukuh kesejahteraan komuniti dan selaras dengan komitmen
kami terhadap pemeliharaan alam sekitar.
RWG komited terhadap kelestarian, dan kerjasama ini bertujuan mengurangkan jejak karbon serta
menyokong biodiversiti tempatan. Dengan mengintegrasikan amalan lestari dalam operasi kami, RWG
terus memainkan peranan penting dalam memajukan komuniti sambil memelihara kelestarian alam
sekitar.
Ekspo Genting SustainBiz F&B yang berlangsung dari 10 hingga 12 September 2024, mempamerkan
inovasi dalam amalan ekonomi hijau dalam sektor makanan dan minuman serta menyediakan peluang
untuk rangkaian perniagaan.
–GERBANGPOST