Ribuan penulis gesa syarikat AI hormati hak cipta

Ribuan penulis gesa syarikat AI hormati hak cipta

TORONTO,. Beribu-ribu penulis menggesa syarikat AI agar mendapatkan kebenaran sebelum memasukkan karya hak cipta ke dalam teknologi mereka.

Antara penulis yang menerbitkan surat terbuka kepada pemimpin AI ialah James Patterson, Suzanne Collins dan pengarang Kanada Margaret Atwood.

“Berjuta-juta buku, artikel, esei dan puisi hak cipta menyediakan “makanan” untuk sistem AI, makanan tanpa henti yang tidak ada bil. Anda membelanjakan berbilion dolar untuk membangunkan teknologi AI. Adalah adil untuk anda memberi kami pampasan kerana menggunakan tulisan kami, tanpanya AI akan kurang keaslian dan sangat terhad,” lapor Agensi Anadolu memetik surat itu.

Surat yang ditujukan kepada OpenAI, Meta, Microsoft dan syarikat AI lain telah ditandatangani oleh pemenang Hadiah Pulitzer Jennifer Egan, Michael Chabon, dan Louise Erdrich serta penulis seperti Jonathan Franzen, Celeste Ng, Nora Roberts, dan Ron Chernow .

Penulis meminta pemimpin AI agar mendapatkan kebenaran untuk bahan hak cipta dalam program AI generatif dan memberi pampasan kepada penulis secara adil untuk penggunaan karya mereka dalam program AI, tambahnya.

Penulis harus diberi pampasan secara adil kerana mereka bukan robot untuk diprogramkan, dan AI tidak boleh mencipta cerita manusia tanpa mengambil daripada cerita manusia yang sudah ditulis, menurut Nora Roberts dalam satu kenyataan berhubung surat itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )