Ribut siklon Biparjoy dijangka terus mengganas – IMD

Ribut siklon Biparjoy dijangka terus mengganas – IMD

NEW DELHI: Jabatan Meteorologi India (IMD) pada Rabu berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah dan tenggara Laut Arab berkemungkinan besar menjadi ribut siklon paling kuat dalam tempoh 12 jam akan datang, lapor Xinhua.

Menurut IMD, siklon itu akan bergerak hampir ke utara dalam tempoh 24 jam seterusnya dan kemudian ke utara-barat laut dalam tempoh tiga hari berikutnya. Siklon itu bergerak pada kelajuan lima kilometer sejam dan berada kira-kira 880 kilometer (km) barat-barat daya Goa, 990 km barat daya Mumbai, 1,060 km selatan-barat daya Porbandar.

Kelajuan angin akan terus meningkat sehingga Ahad dan beransur-ansur berkurangan. Keadaan laut diramal bergelora di selatan Laut Arab dan di sepanjang dan di luar pantai utara Kerala-Karnataka-Goa.

Nelayan dinasihatkan menghentikan aktiviti menangkap ikan di kawasan terjejas sehingga 14 Jun ini

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )