Ringgit dibuka lebih rendah

Ringgit dibuka lebih rendah

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada urus niaga pagi Isnin, sebahagiannya disebabkan oleh kesan domino sentimen risiko ke atas pasaran minyah mentah.

Ia selepas pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) minggu ini.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0530/0580 berbanding dolar AS daripada 4.0450/0443 ketika ditutup petang Jumaat.

Seorang peniaga berkata, mesyuarat OPEC+ yang dijadualkan pada 4 Mac adalah acara paling penting yang mana pelabur perlu berhadapan tugas sukar untuk menyusun pelbagai bahagian bagi membentuk satu strategi yang boleh membuat semua berpuas hati.

“Dolar AS agak lemah berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain berikutan penjualan perolehan AS semakin mereda selepas beberapa bank pusat masuk campur. Sementara itu, harga minyak pula semakin meningkat.

“Sehubungan itu, saya menjangkakan aktiviti jualan ke atas ringgit juga akan berkurangan dan sentimen ke atas unit itu akan berubah menjadi lebih berhati-hati dengan kehendak risiko cuba kembali pulih pagi ini,” kata Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0469/0509 daripada 3.0443/0490 pada Jumaat dan lebih lemah berbanding pound Britain kepada 5.6677/6763 daripada 5.6395/6473.

Ringgit jatuh berbanding euro kepada 4.9005/9069 daripada 4.9054/9127 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.8056/8107 daripada 3.7985/8035 sebelumnya.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)