Ringgit dibuka lebih tinggi

Ringgit dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi pagi ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan mata wang negara maju itu terus bergerak secara mendatar selepas tiada perubahan dibuat terhadap dasar monetari negaranya, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.03 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2260/2270 berbanding dolar AS daripada 4.2330/2355 pada penutupan petang Rabu.

Pedagang ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata kadar faedah AS kekal pada 0.25 peratus sementara laporan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menunjukkan Rizab Persekutuan AS tidak akan menyingkirkan rangsangan kewangan semasa sehingga kadar pekerjaan di AS kembali ke paras sebelum pandemik.

“Apabila berbicara mengenai inflasi, Fed mengakui terdapatnya kenaikan harga sementara tetapi mencadangkan bahawa memandangkan inflasi berada di bawah 2.0 peratus untuk waktu yang lama, ia kini bersedia menerima langkah sementara pada paras di atas 2.0 peratus kerana ini akan memberikan kadar purata sekitar 2.0 peratus.

“Ini bermakna Fed mungkin akan terus mencetak wang untuk menyokong ekonomi AS dan dolar dapat meneruskan pergerakan menurun berbanding mata wang lain,” jelasnya.

Sementara itu, ketika dibuka, mata wang tempatan diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit lemah berbanding euro kepada 5.0044/0056 daripada penutupan semalam pada 5.0017/0047 dan menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.8516/8529 daripada 3.8489/8515.

Unit tempatan turun berbanding pound Britain kepada 5.8758/8772 daripada 5.8733/8768 dan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1154/1166 daripada 3.1141/1162.

-BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)