Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit meneruskan penurunan minggu lepasnya dengan dibuka rendah pagi ini berbanding dolar AS apabila mata wang Amerika Syarikat itu mengukuh berikutan data pekerjaan yang lebih baik daripada dijangkakan.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1460/1480 berbanding dolar AS daripada paras 4.1360/1400 pada Jumaat minggu lepas.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp Stephen Innes berkata ringgit kekal berada dalam tekanan berikutan penurunan minat risiko di Asia di tengah-tengah kebimbangan terhadap penularan novel coronavirus 2019.

Bagaimanapun, selepas penurunan kadar dasar semalaman (OPR) bulan lepas, pasaran menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan lagi kadar dalam separuh pertama tahun ini.

“Ini disebabkan terutamanya penularan virus itu memberi kesan kepada pertumbuhan menerusi pelancongan, penggunaan serta untuk bertahan daripada kemungkinan gangguan hubungan rantaian bekalan dengan China,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah.

Unit tempatan itu turun berbanding dolar Singapura kepada 2.9799/9818 daripada 2.9730/9769 pada Jumaat minggu lepas, susut berbanding yen Jepun kepada 3.7801/7829 daripada 3.7672/7712 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.5407/5433 daripada 4.5306/5354.

Bagaimanapun ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3459/3488 daripada 5.3466/3534 sebelumnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus ( )