Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan pentadbiran negara itu mencadangkan pakej bantuan koronavirus bernilai AS$1.9 trilion.

Unit tempatan susut kepada 4.0440/0480 berbanding dolar AS daripada 4.0430/0460 ketika ditutup pada Selasa.

Penganalisis berkata kesan terhadap ringgit, bagaimanapun, dikurangkan oleh kenaikan harga minyak mentah yang lebih baik.

Beliau berkata ia sekali gus mengekalkan unjuran meningkat selepas penanda aras minyak mentah global optimis mengenai pemulihan ekonomi AS dan paras pengeluaran Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), yang kurang meningkat berbanding jangkaan bagi Januari.

Sementara itu, Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, Axi, Stephen Innes berkata terdapat kemungkinan pelabur mengalihkan tumpuan daripada mata wang negara Asia berikutan wujud kebimbangan mengenai pembuat dasar China yang dijangka menaikkan kadar faedah untuk meredakan kenaikan harga saham dan pasaran hartanah.

“Ketika pelaksanaan program suntikan vaksin AS nampaknya dipercepat, pelabur akan terus memantau rapat data aliran keluar pasaran modal minggu ini,” katanya dalam nota penyelidikan.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0374/0416 daripada 3.0371/0400 ketika ditutup pada Selasa namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8522/8571 daripada 3.8530/8563.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.5261/5332 daripada 5.5332/5382 semalam dan stabil berbanding euro kepada 4.8706/8770 daripada 4.8787/8827.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)