Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan kemunculan aktiviti pengambilan untung.

Pada jam 9.02 pagi, unit tempatan itu menyusut kepada 4.1760 / 1790 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada 4.1685 / 1720.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia naik berbanding yen Jepun kepada 3.6812 / 6842 berbanding 3.6902 / 6933 pada Isnin dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6718 / 6759 daripada 5.6779 / 6827.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0778 / 0803 daripada penutupan Isnin 3.0775 / 0803 dan turun berbanding euro kepada 4.8229 / 8263 daripada 4.8180 / 8220.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)