Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah sedikit rendah berbanding dolar US susulan meningkatnya keyakinan bahawa rundingan perdagangan Amerika Syartikat-China kini kian hampir mencapai gencatan bagi menangani pertikaian perdagangan mereka.

Pakar Strategis Pasaran Axi Trader Asia-Pasifik Stephen Innes berkata prestasi minggu lepas berterusan apabila kedua-dua aspek iaitu keyakinan perdagangan dan data ekonomi AS terus memacu aliran masuk dana asing ke dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI sehingga melepasi paras 1,600 sewaktu ditutup, semalam.

Pada 9.10 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1510/1550 berbanding dolar US daripada 4.1500/1540 sewaktu ditutup pada Isnin.

Beliau berkata jika perbincangan perdagangan berjalan lancar, yuan China serta mata wang tempatan sebaliknya akan dihimpit tekanan.

Bagaimanapun, kadar rujukan untuk yuan China disifatkan sebagai ‘mesra pasaran’ apabila People’s Bank of China (PBoC) memecahkan kekangan hampir dua bulan untuk berganjak kepada pengukuhan yuan.

“Mungkin juga disebabkan tiada halangan bagi peningkatan yuan yang turut memberi sokongan terhadap unit tempatan untuk terus meningkatkan prestasinya,” katanya.

Sewaktu dibuka, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0536/0576 daripada 3.0571/0612 pada Isnin dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.8191/8239 daripada 3.8288/8335 semalam.

Berbanding euro, ringgit mengukuh kepada 4.6188/623 daripada 4.6326/6388 manakala berbanding pound Britain ia meningkat kepada 5.3486/3541 daripada 5.3614/3678, semalam.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)