Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR,.Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini berikutan pasaran mempertimbangkan situasi politik dan COVID-19 di Malaysia serta perkembangan terkini di Amerika Syarikat, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.0130/0190 daripada dolar US berbanding 4.0080/0130 sewaktu ditutup pada Rabu.

Mengulas mengenai prestasi dolar US, Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata pasaran sedang mempertimbangkan cadangan terbaik untuk kemenangan Gelombang Biru (parti Demokrat) yang mana konsensusnya ialah agar ringgit lemah, khususnya berbanding mata wang beta komoditi yang lebih tinggi seperti ringgit.

“Tetapi, saya menjangkakan keadaan yang lebih buruk melanda landskap politik tempatan dan kebimbangan mengenai COVID-19 di mana-mana di dalam negara mungkin melemahkan semangat,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0455/0512 daripada 3.0440/0480 pada Rabu dan jatuh berbanding euro kepada 4.9492/9578 daripada 4.9443/9516.

Bagaimanapun unit tempatan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.8942/9012 daripada 3.8954/9022 semalam dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4673/4759 daripada 5.4685/4757 sebelum ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)