Ringgit dibuka rendah pada pagi

Ringgit dibuka rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan dagangan pagi ini.

Pada 9.10 pagi, nilai mata wang tempatan ialah pada 4.5400/5425 berbanding dolar AS daripada 4.5340/5405 pada penutup Isnin.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kaitan rapat antara yuan China dan ringgit telah mula terbentuk apabila data China yang lemah memberi kesan limpahan ke atas ekonomi Malaysia.

“Justeru, gandingan ringgit-dolar AS diunjur berada pada paras rintangan segera RM4.5491.

“Bagaimanapun, jangkaan perubahan dalam dasar monetari AS akan membantu memberikan sokongan kepada ringgit,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 5.1025/1053 daripada 5.0971/1044 pada penutup Isnin, susut sedikit berbanding pound Britain menjadi 5.9365/9398 daripada 5.9359/9444, tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2700/2720 daripada 3.2815/2864 semalam.

Ringgit turut diniaga rendah berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Mata wang tempatan turun berbanding baht Thailand kepada 13.1457/1583 daripada 13.0984/1225 Isnin, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4350/4371 daripada 3.4315/4366 sebelum ini dan turun sedikit berbanding peso Filipina kepada 8.34/8.35 daripada 8.33/8.35.

Nilai ringgit turut lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 302.3/302.7 daripada 301.9/302.5 sebelumnya.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )