Ringgit dibuka rendah pada pagi

Ringgit dibuka rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan permintaan berkurangan terhadap unit tempatan, susulan sentimen pasaran terhadap ringgit yang lemah disebabkan harga minyak global rendah.

Pada 9.41 pagi, ringgit berada pada 4.1790/1830 berbanding dolar US daripada 4.1730/1760 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata kemerosotan harga minyak global menjejaskan sentimen belian terhadap unit tempatan dan ini akan memberi impak kepada hasil minyak dan gas negara.

“Penanda aras global niaga hadapan minyak mentah Brent merosot 10 cents untuk ditutup kepada US$60.82 setong,” katanya.

Sementara itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0624/0658 daripada 3.0596/0623 dan rendah berbanding yen kepada 3.8491/8539 daripada 3.8270/8305 sebelum ini.

Ia susut berbanding pound British kepada 5.4302/4371 daripada 5.4191/4246 semalam dan berkurangan berbanding euro kepada 4.6299/6348 daripada 4.6249/6287.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)