Ringgit dibuka rendah pada pagi

Ringgit dibuka rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini, didorong oleh peningkatan harga minyak ketika sentimen optimis membabitkan vaksin COVID-19 terus mengatasi kebimbangan terhadap prospek permintaan.

Pada 9.16 pagi, mata wang tempatan itu berada pada 4.1190/1230 berbanding dolar AS daripada 4.1180/1230 sewaktu dagangan ditutup semalam.

Pasaran menyaksikan penyusutan simpanan minyak mentah dengan data pihak American Petroleum Institute (API) menunjukkan stok simpanan itu susut 5.147 juta tong bagi minggu berakhir 6 November lalu.

Pada minggu sebelumnya, API berkata angka penyusutan itu mencecah 8.01 juta tong.

Selain itu, dolar AS juga rendah berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan baharu COVID-19 di negara maju itu.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain kecuali dolar Singapura.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0547/0588 daripada 3.0567/0606 pada Selasa namun rendah berbanding euro kepada 4.8674/8734 daripada 4.8613/8684.

Ringgit juga susut berbanding yen kepada 3.9150/9199 daripada 3.9092/9151 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4606/4675 daripada 5.4551/4634 semalam.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )