Ringgit dibuka rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit merosot daripada peningkatannya semalam apabila dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan mod berhati-hati di sebalik prestasi lemah dolar US.

Dolar US susut berikutan peningkatan minat terhadap risiko yang didorong oleh kestabilan harga minyak mentah dan berita positif mengenai vaksin COVID-19, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.0900/0950 berbanding unit negara maju daripada 4.0880/0930 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata situasi ini dilihat membina untuk ringgit, namun pasaran dijangka mengamalkan pendekatan tunggu dan lihat menjelang undian Belanjawan 2021 oleh ahli-ahli parlimen yang dijadualkan pada Khamis ini.

Selain itu, beliau berkata perkembangan terkini mengenai vaksin dilihat amat memberangsangkan berikutan lebih banyak syarikat melaporkan tahap kejayaan yang baik dalam penyelidikan mereka dan kelulusan yang relevan daripada pihak berkuasa akan diterima dalam masa yang terdekat ini.

“Ini seharusnya membuka jalan kepada pemulihan yang berkekalan tahun depan sekiranya vaksin itu dapat ditemui dan diedarkan di peringkat global.

“Berikutan itu, harga komoditi seperti minyak mentah Brent dan minyak sawit mentah telah memihak kepada kita. Oleh itu, ringgit seharusnya meneruskan momentum kenaikannya pada minggu ini,”katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0443/0491 daripada 3.0476/0524 ketika ditutup Isnin dan naik berbanding yen kepada 3.9105/9157 daripada 3.9105/9157.

Ia naik berbanding euro kepada 4.8434/8509 daripada 4.8434/8509 pada Isnin dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.4526/4599 daripada 5.4624/4711.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )