Ringgit dibuka rendah pada pagi

Ringgit dibuka rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan mata wang negara maju itu terus memperolehi daya tarikan didorong data pekerjaan AS yang agak kukuh.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1220/1250 berbanding dolar AS daripada 4.1150/1200 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Pakar Strategi AxiCorp, Stephen Innes berkata data ekonomi AS yang kukuh telah melemahkan jangkaan terhadap pengurangkan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan dan menyokong dolar AS, sekali gus menjejaskan mata wang negara Asia.

Automatic Data Processing, Inc. (ADP), pemproses pembayaran gaji, melaporkan bahawa guna tenaga sektor swasta negara itu meningkat dengan sebanyak 291,000 pekerjaan pada Januari, kadar tertinggi sejak Mei 2015.

“Pada masa sama sukar untuk mengetepikan bahawa kebimbangan yang kian memuncak mengenai 2019 novel koronavirus mula menjadi risiko global dalam pasaran, justeru negara dan mata wang mereka serta pasaran saham yang mempunyai hubungan dagangan berkait dengan China seperti Malaysia (ringgit dan FBM KLCI) mungkin terus mengalami kesukaran sepanjang awal tahun ini berikutan kesan tidak langsung daripada kelembapan ekonomi China,” katanya.

Di peringkat tempatan, beliau berkata data ekonomi utama yang akan dikeluarkan menjadi penting, dengan ia perlu mengenal pasti kesan tempatan apabila eksport terjejas ekoran koronavirus.

Ringgit didagangkan lebih tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama kecuali yen.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9768/9801 daripada 2.9817/9857 ketika ditutup pada Rabu namun susut berbanding yen Jepun kepada 3.7520/7558 daripada 3.7511/ 7560.

Mata wang tempatan naik berbanding euro kepada 4.5321/5371 daripada 4.5364/5435 semalam dan tinggi berbanding pound Britain kepada 4.5321/5371 daripada 5.3767/3836.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)