Ringgit dibuka rendah pada pagi

Ringgit dibuka rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit meneruskan trend menurun minggu lalu untuk dibuka lemah pagi ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kerana kekurangan minat belian berterusan dengan pelabur masih bimbang terhadap lonjakan kes COVID-19, kata peniaga.

Pada jam 10 pagi, mata wang tempatan itu susut kepada 4.2150/2160 berbanding dolar AS daripada 4.2040/2070 ketika ditutup pada Jumaat minggu lalu.

Seorang peniaga mengaitkan kelemahan ringgit itu kepada kebimbangan akan prospek ekonomi Malaysia ekoran jumlah kes baharu COVID-19 semakin tinggi.

“Harga minyak turut menyeret turun prestasi ringgit dengan penanda aras minyak mentah Brent jatuh 2.6 peratus minggu lalu dan diniagakan pada AS$73.59 setong pada Jumaat,” kata beliau.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit menyusut berbanding euro kepada 4.9750/9761 daripada 4.9687/9723 pada penutupan Jumaat dan lemah berbanding Yen Jepun kepada 3.8346/8359 daripada 3.8180/8207.

Bagaimanapun, ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1027/1037 daripada 3.1053/1078 sebelumnya dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7977/7991 daripada 5.8129/8170.

-BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)