Ringgit dibuka rendah sedikit pada pagi

Ringgit dibuka rendah sedikit pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit susut daripada pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa hari lalu apabila dibuka rendah pada Jumaat, diheret turun oleh penurunan harga minyak, kata penganalisis.

Pada 9.03 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1800/1830 berbanding dolar AS daripada 4.1750/1775 pada akhir urus niaga semalam.

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA Edward Moya berkata harga minyak mentah terus rendah ketika tekanan politik terus ketara bagi AS untuk melobi Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu (OPEC+) bagi memastikan kumpulan tersebut dapat mencecah kuota pengeluarannya ketika beberapa anggotanya berdepan kesukaran.

Menurutnya, sentimen optimis terhadap minyak mentah kekal tinggi walaupun prospek jangka pendeknya berdepan banyak risiko.

“Pasaran minyak kekal terhad pada tahun ini dan juga berkemungkinan besar dalam keadaan sama beberapa tahun seterusnya berikutan kebanyakan syarikat tenaga tidak lagi melabur dalam projek penggerudian baharu yang besar,” katanya.

Pada pagi ini, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global susut 0.32 peratus kepada AS$84.20 setong.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1055/1082 daripada 3.1034/1055 pada Khamis dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6696/6722 daripada 3.6450/6472.

Unit tempatan itu juga rendah berbanding euro kepada 4.7899/7933 daripada 4.7883/7912 semalam namun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7316/7357 daripada 5.7348/7382 sebelum ini.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)