Ringgit dibuka tidak berubah berbanding Dolar AS

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat walaupun harga minyak mentah meningkat berikutan kebimbangan mengenai bekalan minyak Russia.

Pada 9.20 pagi, mata wang tempatan itu kekal pada paras 4.1945/1980 berbanding dolar AS pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit berkemungkinan diniagakan dalam julat lebih kecil hari ini susulan kenaikan kadar faedah global yang menunjukkan kelangsungan pemulihan ekonomi.

Pada masa sama, konflik ketenteraan Russia-Ukraine pula berkemungkinan besar memberi cabaran besar terhadap persekitaran makroekonomi.

“Kempen dasar monetari lebih ketat diteruskan apabila Bank of England (BoE) bertindak sama seperti Rizab Persekutuan AS (Fed) dengan meningkatkan kadar faedah utama sebanyak 25 mata asas kepada 0.75 peratus.

“Ini kenaikan ketiga sejak Disember lalu, sekali gus menyokong pandangan bahawa ekonomi global kian kukuh walaupun terdapat kebimbangan mengenai perang di Ukraine,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, harga minyak mentah Brent meningkat kepada AS$107 setong berikutan prospek rundingan damai yang suram.

Pada awal urus niaga, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali yen yang menyaksikannya meningkat kepada 3.5343/5375 daripada 3.5364/5396 pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0990/1018 daripada 3.0931/0959 semalam, rendah berbanding pound Britain pada 5.5216/5262 daripada 5.5212/5258 dan turun berbanding euro pada 4.6559/6598 daripada 4.6311/6350 sebelum ini.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)