Ringgit dibuka tidak berubah pada pagi ini

Ringgit dibuka tidak berubah pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Nilai ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan minat belian baharu, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.4000/4045 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.4000/4040.

Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran akan mencari petunjuk pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan datang pada Julai.

Menurut laporan berita, Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell menjangkakan kenaikan kadar 50 hingga 75 mata asas pada bulan depan.

“Pada minggu ini juga, Pengerusi Fed juga dijangka membentangkan kepada Senat AS pada 22 Jun berkenaan keadaan dasar monetari,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Mohd Afzanizam menambah mata wang tempatan diunjur kekal lemah sekitar RM4.40 berikutan kebimbangan terhadap pengetatan monetari yang agresif oleh Fed, yang akan menjadi pendorong kepada dolar AS yang lebih kukuh.

Mata wang ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Unit tempatan itu meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3794/3849 daripada penutup Jumaat 5.4208/4257 dan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1680/1717 daripada 3.1753/1786 sebelum ini.

Ringgit turut menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2554/2590 daripada 3.2655/2688 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6191/6238 daripada 4.6314/6357 sebelumnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)