Ringgit dibuka tidak berubah pada pagi

Ringgit dibuka tidak berubah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini dalam keadaan sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Pada pukul 9.05 pagi, ringgit kekal pada 4.2820/2880 berbanding mata wang negara maju itu, seperti ketika ditutup semalam.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, AxiCorp, Stephen Innes berkata pasaran akan menumpukan semula kepada peningkatan kitaran ekonomi serantau dan kenaikan harga minyak mentah, yang sewajarnya memberi dorongan kepada pergerakan menaik ringgit.

“Harga minyak mentah dan saham diniagakan lebih tinggi seperti yang saya jangkakan namun pada masa yang sama semakan turun oleh agensi penarafan sedikit sebanyak menjadi kritikan kecil walaupun tidak dijangka sepenuhnya,” katanya kepada Bernama.

Pada 26 Jun, S&P Global Ratings mengekalkan penarafan kredit Malaysia pada tahap A- dengan semakan semula prospek daripada stabil ke negatif.

“Ia tidak terlalu negatif untuk mata wang, tetapi untuk Malaysia, ia menarik lebih banyak tumpuan ke atas defisit belanjawan dan prestasi kedudukan kewangan kerajaan,” katanya.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2673/2751 daripada 5.2788/2880 ketika ditutup pada Isnin dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0717/0778 daripada 3.0746/0800.

Ringgit turut stabil berbanding euro kepada 4.8125/8210 daripada 4.8254/8339 semalam serta kukuh berbanding yen Jepun kepada 3.9755/9818 berbanding 3.9933/4.0000.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)