Ringgit dibuka tidak berubah pada pagi ini

Ringgit dibuka tidak berubah pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS pagi ini, di celah-celah situasi politik yang tidak menentu dan kelemahan dolar AS, kata seorang penganalisis.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan kekal pada 4.1660/1710.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata ringgit bagaimanapun, boleh meningkat pada hari-hari mendatang, dirangsang oleh harga minyak yang dijangka lebih baik serta berita menyatakan bon Malaysia akan dikekalkan dalam senarai pemerhatian Indeks Bond Kerajaan Dunia (WGBI) FTSE Russell.

“Secara keseluruhan, saya rasa masih ada banyak lagi ruang untuk ringgit mengukuh sekiranya harga minyak mampu menunjukkan prestasi baik,” kata beliau kepada Bernama.

Sementara itu, Maybank Kim Eng dalam nota penyelidikannya berkata FTSE Russell mengambil keputusan untuk mengekalkan Malaysia dalam pemerhatian negatifnya.

Meskipun FTSE Russell memperakui inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan akses kepada pelabur asing, namun, lebih banyak masa diperlukan untuk menilai keberkesanan langkah-langkah untuk mengekalkan Tahap Kebolehcapaian Pasaran Malaysia pada 2 iaitu syarat minimum untuk WGBI.

Innes turut menyatakan pasaran akan terus memantau pertumbuhan ekonomi tempatan dan China dalam beberapa minggu ini dan pada masa sama berusaha menyelesaikan risiko pilihan raya Amerika Syarikat.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan rendah.

Ia merost berbanding dolar Singapura kepada 3.0278/0319 daripada penutup Khamis iaitu 3.0252/0299 dan lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.3125/3193 daripada 5.3075/3155.

Mata wang tempatan menyusut berbanding euro kepada 4.8596/8671 daripada 4.8488/8563 sebelumnya dan jatuh berbanding yen kepada 3.9473/9532 daripada 3.9522/9584 semalam.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)