Ringgit dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Ringgit meneruskan peningkatan semalam berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal hari ini ketika semakin ramai pelabur beralih ke arah mata wang negara sedang membangun termasuk ringgit.

Pada 9.35 pagi, unit tempatan itu disebut harga pada 4.1680/1730 berbanding dolar AS daripada paras 4.1740/1790, semalam.

Seorang peniaga berkata, aliran peningkatan harga minyak global telah memacu sentimen pasaran bagi aset lebih berisiko dan menyebabkan ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0432/0473 daripada 3.0487/0533 dan naik berbanding yen kepada 3.9328/9379 daripada 3.9482/9533.

Selain itu ringgit turut mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4505/4574 daripada 5.4775/4858 dan meningkat berbanding euro kepada 4.9170/9233 daripada 4.9387/9458 sebelum ini.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )