Ringgit dibuka tinggi pada pagi

Ringgit dibuka tinggi pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit kekal dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh sentimen risiko bertambah baik susulan pemeteraian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada Ahad lepas.

Pada 9.06 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1040/1100 berbanding dolar AS daripada 4.1140/1190 ketika ditutup semalam.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, Axi, Stephen Innes berkata pasaran global yang lebih meluas — termasuk dagangan minyak mentah — semakin baik dalam keadaan keyakinan terhadap penemuan vaksin COVID-19.

Pada 9.40 pagi, minyak mentah Brent meningkat 0.71 peratus pada US$44.13 setong.

Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0518/ 0564 daripada 3.0562/0604 ketika ditutup semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.9284/9345 daripada 3.9350/9405.

Ringgit stabil berbanding euro kepada 4.8678/8765 daripada 4.8722/8798 namun susut berbanding pound Britain kepada 5.4247/4334 daripada 5.4185/4268 ketika ditutup pada Isnin.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)