Ringgit dibuka tinggi pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit kembali dibuka tinggi pada pagi Rabu dengan permintaan risiko terhadap mata wang tempatan semakin baik, didorong oleh pengukuhan harga minyak mentah.

Pada pukul 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0390/0420 berbanding dolar AS daripada 4.0420/0450 ketika ditutup pada petang Selasa.

Penanda aras minyak mentah Brent naik 0.2 peratus kepada AS$65.37 setong berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang berterusan.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata bank-bank pusat di Asia dipaksa menentukan semula dasar masing-masing dengan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS), sekali gus membolehkan ekonomi AS bergerak lancar dan ini berpotensi melemahkan dolar AS.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0608/0642 daripada 3.0591/0618 pada Selasa petang dan lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.7071/7118 daripada 5.6948/6998.

Mata wang tempatan bagaimanapun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8328/8360 daripada 3.8393/8425 semalam dan lemah berbanding euro kepada 4.9078/9131 daripada 4.9106/9147 sebelumnya.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )