Ringgit dibuka tinggi pada pagi

Ringgit dibuka tinggi pada pagi

KUALA LUMPUR,. Nilai ringgit terus meningkat berbanding dolar AS selepas mata wang Amerika Syarikat itu menyusut di tengah-tengah perubahan dalam aktiviti pelaburan disebabkan keadaan semasa ekonomi.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu mengukuh kepada 4.1755/1775 berbanding 4.1800/1825 pada penutupan urus niaga petang Khamis.

Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata momentum mod perubahan risiko pelabur itu dijangka berterusan hari ini dan ia dilihat baik untuk ringgit.

“Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini dilhat seperti mewajarkan bahawa pemulihan ekonomi global berjalan lancar dan ini menyaksikan kemungkinan akomodasi dasar monetari yang berlebihan akan dimansuhkan,” katanya.

Justeru, ringgit dijangka terus meningkat hari ini.

Sementara itu, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata penurunan dolar AS disebabkan oleh pengumuman data Tuntutan Pengangguran Permulaan AS yang melepasi jangkaan pada 351,000 dan ini telah menjejaskan dolar AS.

Selain itu, Indeks Pengurus Pembelian perkhidmatan yang mengukur keyakinan terhadap ekonomi dalam sektor perkhidmatan pula berada di bawah jangkaan.

Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit menyusut berbanding pound Britain kepada 5.7350/7378 daripada 5.7157/7192 pada penutupan urus niaga Khamis dan lebih rendah pada 4.9045/9069 berbanding euro daripada 4.8998/9027 semalam.

Unit tempatan itu bagaimanapun mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0962/0981 daripada 3.1002/1025 dan meningkat berbanding yen kepada 3.7828/7850 daripada 3.8017/8040 sebelumnya. – Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)