Ringgit dibuka tinggi pada pagi

Ringgit dibuka tinggi pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang sederhana susulan penurunan semalam.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.3550/3650 berbanding dolar US daripada 4.3700/3780 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata permintaan terhadap mata wang Asia sedang pesat membangun, termasuk ringgit sepanjang hari akan ditentukan oleh data pertumbuhan ekonomi China yang dijadualkan akan dikeluarkan hari ini.

“Pelabur akan memantau data ekonomi dari China untuk mengukur magnitud impak ekonomi COVID-19,” katanya.

Sementara itu, ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0585/0672 daripada 3.0604/0673, dan meningkat berbanding yen kepada 4.0373/0473 daripada 4.0549/0635 semalam.

Unit tempatan naik berbanding pound kepada 5.4385/4528 daripada 5.4503/4620, dan meningkat berbanding euro kepada 4.7300/7426 daripada 4.7489/7593.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)