Ringgit dibuka tinggi sedikit, namun kekal atas RM4.20 sedolar

Ringgit dibuka tinggi sedikit, namun kekal atas RM4.20 sedolar

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini di tengah-tengah kebimbangan jangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah tidak lama lagi.

Unit tempatan berada pada 4.2100/2150 berbanding dolar AS daripada 4.2120/2180 yang direkodkan pada 6 petang Jumaat minggu lepas.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp Stephen Innes berkata BNM dijangka menurunkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetarinya (MPC) esok.

“Dan jangkaan pertumbuhan rendah bukan hanya pada suku pertama, tetapi juga dalam suku kedua serta impak daripada penularan COVID-19 dan ketidaktentuan politik memberi kesan ke atas struktur pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata, banyak negara dan Malaysia akan terus bergelut daripada kesan penurunan permintaan dari China, gangguan dalam rantaian bekalan dan pelancongan di tengah-tengah tekanan penularan COVID-19.

“Jika penurunan kadar (dilaksanakan) BNM esok, ia mungkin akan membantu sentimen pasaran bersama dengan ringgit yang pada masa ini diniagakan sangat sensitif kepada prospek pertumbuhan,” katanya.

Selain itu, beliau percaya pelabur asing mungkin sedikit sebanyak tidak lagi begitu peka kepada landskap politik selepas pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia.

Innes berkata, pasaran juga menjangkakan Rizab Persekutuan AS menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada keputusan penurunan kadarnya yang akan datang.

Ringgit dibuka kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan itu turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0240/0280 daripada 3.0215/0269 pada Jumaat dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.9119/9177 daripada 3.8749/8815 sebelumnya.

Ringgit jatuh berbanding euro kepada 4.6550/6622 daripada 4.6517/6588 tetapi naik berbanding pound Britain kepada 5.3939/4011 daripada 5.4343/4438 pada Jumaat minggu lalu. – Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)