Ringgit dibuka tinggi sedikit pagi ini berbanding Dolar AS

Ringgit dibuka tinggi sedikit pagi ini berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini, disokong oleh kenaikan harga minyak global.

Pada pukul 9.15 pagi, mata wang utama disebut harga pada 4.0400/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0470/0500 ketika ditutup petang Selasa.

Seorang peniaga berkata harga minyak terus stabil meskipun berhadapan dengan masalah pasaran sempadan.

“Namun, momentum kenaikan harga terhenti berikutan kebimbangan mengenai keberkesanan vaksin COVID-19 dan pelancarannya telah menjejaskan risiko permintaan minyak,” kata beliau.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent menokok 0.13 peratus untuk diniagakan pada US$55.98 setong.

Sementara itu, ringgit diniaga kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura pada 3.0491/0531 daripada 3.0477/0511 pada Selasa, jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5489/5562 daripada 5.5270/5327 dan lebih lemah berbanding Euro kepada 4.9122/9195 daripada 4.9078/9131 pada penutupan semalam.

Bagaimanapun, mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8959/9011 daripada 3.8988/8025 sebelumnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)