Ringgit dibuka tinngi

KUALA LUMPUR,. Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini susulan pelabur bersedia mengambil risiko dan harga minyak mentah lebih baik selepas disokong permintaan.

Pada 9.07 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1660/1720 berbanding dolar AS daripada 4.1730/1780 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, AxiCorp, Stephen Innes berkata ringgit dijangka diniagakan kukuh hari ini, disokong oleh sentimen risiko global yang lebih baik sekali gus menjadikan dolar AS rendah.

“Pada masa sama, harga minyak mentah yang lebih tinggi telah melengkapkan jangkaan mengikut turutan bagi kenaikan harga.

“Bagaimanapun, unjuran kukuh itu mungkin dipengaruhi oleh data perdagangan yang lebih rendah berbanding jangkaan seperti dikeluarkan semalam serta ketidakpastian politik berterusan menjelang Minggu Emas China, apabila lazimnya mudah tunai berkurangan,” katanya kepada Bernama.

Industri pelancongan China dilaporkan menjangkakan lebih 600 juta perjalanan dibuat dalam tempoh cuti Minggu Emas selama lapan hari, bermula pada 1 Okt.

Jumlah perdagangan Malaysia susut 4.6 peratus kepada RM145.06 bilion pada Ogos 2020 berbanding bulan sama 2019 manakala eksport turun 2.9 peratus kepada RM79.14 bilion dan import merosot 6.5 peratus kepada RM65.92 bilion.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan naik berbanding yen kepada 3.9511/9571 daripada 3.9611/9662 ketika ditutup semalam dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3596/3694 daripada 5.3615/3687.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0364/0426 daripada 3.0340/0385 dan lemah berbanding euro kepada 4.8638/8721 daripada 4.8590/8665.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )