Ringgit diniagakan tinggi pada pagi berbanding dolar US

Ringgit diniagakan tinggi pada pagi berbanding dolar US

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini dalam persekitaran sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Pada 9.01 pagi, unit tempatan berada pada 4.3200/3350 berbanding dolar US daripada 4.3250/3400 semasa ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp Stephen Innes berkata sentimen risiko tempatan dijangka lebih baik hari ini, berikutan pasaran ekuiti Amerika Syarikat (AS) semalaman dan harga minyak yang meningkat.

Ringgit turut mendapat dorongan daripada data terkini dari China, yang menyaksikan Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan rasmi bagi Mac meningkat semula dengan kukuh kepada 52.0 daripada 35.7 pada Februari.

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0331/0453 daripada 3.0342/0450 semasa ditutup semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.9786/9936 daripada 4.0098/0249.

Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.7593/7776 daripada 4.7869/8052 semalam dan naik berbanding pound kepada 5.3261/3464 daripada 5.3569/3764 sebelum ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )