Ringgit kekal lemah, RM4.3 sedolar

Ringgit kekal lemah, RM4.3 sedolar

KUALA LUMPUR,. Ringgit meneruskan penurunan minggu lalu dengan diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi awal dagangan pagi ini apabila prospek ekonomi yang lemah menyebabkan pelabur beralih kepada mata wang selamat, kata peniaga.

Pada 9.30 pagi, unit tempatan turun kepada 4.3500/3600 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3360/3410 pada Jumaat minggu lalu.

Peniaga berkata, dolar AS mendapat lebih banyak tarikan apabila pelabur memberi reaksi kepada data jualan runcit AS yang lemah susulan penularan pandemik COVID-19 yang menyebabkan ekonomi terbesar dunia itu berdepan dengan kemungkinan mencatatkan penurunan terbesarnya bagi pertumbuhan suku kedua tahun ini sejak era Kemelesetan Besar.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0531/0605 daripada 3.0542/0591 pada minggu lalu, tetapi naik berbanding yen kepada 4.0597/0694 daripada 4.0605/0673.

Ringgit juga turun berbanding euro kepada 4.7076/7188 daripada 4.7011/7084 tetapi meningkat berbanding pound kepada 5.2648/2791 daripada 5.3067/3154 sebelumnya. – Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )