Ringgit meningkat pada hari ini

Ringgit meningkat pada hari ini

KUALA LUMPUR,. Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS )pada pagi urus niaga Rabu walaupun pada kadar yang lebih perlahan, berikutan senario inflasi global dan pengetatan dasar ekonomi.

Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan ialah pada 4.3930/3960 berbanding dolar AS daripada 4.3935/3960 penutup Selasa.

Menurut peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, dolar mungkin terus meningkat dalam jangka sederhana dan panjang.

“Peningkatan nilai mata wang AS berlaku di tengah-tengah ketegangan semakin ketara di Asia yang membabitkan latihan ketenteraan Korea Utara dan ini mendorong AS untuk menjalankan latihan ketenteraan bersama-sama dengan Korea Selatan,” katanya.

Sementara itu, ringgit lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1937/1964 daripada 3.1936/1957 semalam dan jatuh berbanding pound Britain menjadi 5.5242/5280 daripada 5.4963/4994.

Ringgit turut menyusut nilai berbanding euro kepada 4.6970/7002 daripada 4.6892/6919 pada penutup Selasa tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3020/3045 daripada 3.3109/3130.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)