Ringgit rendah berbanding Dolar AS

Ringgit rendah berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Selasa berikutan sokongan belian kekal terhadap mata wang negara maju itu.

Pada 9.03 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1805/1850 berbanding dolar AS daripada 4.1765/1805 ketika ditutup pada Isnin.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur kebanyakannya berbanding mata wang utama lain.

Unit domestik meningkat berbanding yen kepada 3.6201/6243 daripada 3.6295/6333 ketika ditutup pada Isnin, serta naik berbanding pound Britain kepada 5.4794/4853 daripada 5.5005/5057.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0665/0700 daripada 3.0606/0638 semasa ditutup semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.5396/5445 daripada 4.5344/5388.

-– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)