Ringgit terus lemah berbanding dolar AS pagi ini

Ringgit terus lemah berbanding dolar AS pagi ini

KUALA LUMPUR,.Ringgit terus lemah berbanding dolar AS ketika dibuka pagi Jumaat ini, didorong oleh minat belian ke atas dolar AS berikutan kadar vaksinasi COVID-19 yang tinggi serta kebimbangan mengenai kenaikan kadar faedah oleh People’s Bank of China (PBoC), kata seorang peniaga.

Unit tempatan menyusut kepada 4.0630/0675 berbanding dolar daripada 4.0570/0600 ketika ditutup pada petang Khamis.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata para pelabur terus yakin terhadap pertumbuhan ekonomi AS dan terdapat kemungkinan berlakunya aliran keluar pelaburan dari pasaran Asia.

“Namun, kadar faedah China yang lebih tinggi oleh PBoC akan menjejaskan kredit dan memperlahankan pertumbuhan dan pastinya akan merugikan rakan dagang tempatan seperti ringgit,” kata Innes.

Bagaimanapun, harga minyak yang lebih baik akan mengurangkan kesan penurunan ringgit kerana harga minyak telah bersedia untuk mengatasi sentimen pasaran pada suku pertama tahun ini, ujar beliau.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0378/0423 daripada 3.0374/0410 pada petang Khamis tetapi lebih tinggi berbanding yen kepada 3.8515/8562 daripada 3.8850/8582 sebelumnya.

Ringgit juga rendah berbanding pound Britain pada 5.5614/5680 daripada 5.5106/5163 tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.8618/8688 daripada 4.8623/8671 pada petang Khamis.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)