Ringgit terus susut, cecah RM4.20 sedolar

Ringgit terus susut, cecah RM4.20 sedolar

KUALA LUMPUR,. Ringgit meneruskan aliran menurunnya untuk dibuka rendah pagi ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dipengaruhi oleh ketidakpastian terhadap keadaan semasa politik tempatan, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan turun 240 mata asas untuk dibuka pada 4.2140/2180 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1900/1940 pada Jumaat.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes, berkata dalam keadaan kebuntuan untuk melaksanakan dasar dan kesan ekonomi kerajaan pakatan, situasi sekarang bermakna akan banyak berlaku perbincangan tawar menawar tidak rasmi sesama parti politik pada hari ini.

“Ia adalah petunjuk kepada jualan dan kemungkinan besar untuk meningkatkan perbelanjaan berbanding langkah berhemat fiskal dan barangkali, risikonya adalah bagi defisit besar-besaran.

“Bagaimanapun, lebih ramai parti politik terbabit, keadaan perbincangan akan lebih sukar,” kata Innes dalam satu nota penyelidikan.

Berikutan keadaan semasa, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0063/0103 daripada 2.9924/9957 pada Jumaat dan susut berbanding yen kepada 3.7763/7809 daripada 3.7504/7550.

Ringgit jatuh berbanding euro kepada 4.5642/5689 daripada 4.5286/5346 dan berkurangan berbanding pound kepada 5.4554/4610 daripada 5.4110/4178.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)