Ringgit teruskan aliran meningkat

KUALA LUMPUR,. Ringgit meneruskan aliran meningkat semalam berikutan permintaan terhadap unit tempatan terus mendorong kepada aliran tersebut dalam persekitaran dolar US yang defensif.

Pada 9.06 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1540/1590 berbanding dolar US daripada 4.1540/1590 semalam.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata unit tempatan menyaksikan peningkatan dalam kedudukan panjang berikutan peniaga segera menjadikan senarai pemantauan Indeks Bon Kerajaan Global (WGBI) dan kebimbangan mengenai politik sebagai keutamaan yang rendah berikutan minat terhadap ringgit menjejaki dolar US, yang diniagakan rendah semalaman.

“Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dalam pulangan sebenar terus dilihat menarik.

“Dengan mata wang yang masih mengejar mata wang serantau, ia menarik perhatian yang menggalakkan,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Innes berkata harga minyak yang merosot boleh membayangi pandangan hari ini seperti keputusan pengundian selepas debat, berikutan gambaran yang kukuh untuk penyandang (Presiden Donald Trump) boleh membawa kepada respons dolar US yang lebih teguh.

Harga minyak terus berada di bawah tekanan dalam persekitaran inventori petrol yang meningkat.

Ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia naik berbanding yen kepada 3.9272/9340 daripada 3.9333/9388 semalam dan tinggi berbanding pound kepada 5.3379/3464 daripada 5.3420/3501.

Mata wang tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0349/0395 daripada 3.0323/0367 pada Selasa dan berbanding euro kepada 4.8760/8847 daripada 4.8569/8640.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )