Rizab antarabangsa BNM melonjak kepada AS$113.5 bilion setakat Dis 2023

Rizab antarabangsa BNM melonjak kepada AS$113.5 bilion setakat Dis 2023

KUALA LUMPUR,. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) melonjak kepada AS$113.5 bilion setakat 29 Dis 2023 berbanding AS$112.8 bilion yang dicatatkan pada 15 Dis 2023.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan rizab tersebut mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Paras rizab telah mengambil kira perubahan penilaian semula pertukaran asing suku tahunan,” katanya.

Sehingga 29 Dis, BNM berkata daripada lima komponen utama rizab, rizab mata wang asing berjumlah US$100.9 bilion, diikuti oleh kedudukan rizab IMF (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).

Jumlah aset adalah sebanyak RM630.97 bilion merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM520.75 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.23 bilion), tanah serta bangunan (RM4.13 bilion) dan aset lain (RM67.64 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM186.74 bilion), mata wang dalam edaran (RM161.82 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM176.53 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM3.53 bilion), lain-lain deposit (RM40.02 bilion), kertas Bank Negara (RM29.24 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti lain (RM3.27 bilion).

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)